Name:
Location: Dublin, Ireland

Wednesday, January 05, 2005

Cerpen dan Sajak Eceran: Yang Biasa-biasa dan Yang Berkesan

Alhamdulillah, saya baru terima kertas kerja y dipos oleh kak Ghafirah, ditulis oleh Rahman Shaari sempena Majlis Diskusi Karya pada 4 Disember lalu. Kertas kerja tersebut bertajuk 'Cerpen dan Sajak Eceran: Yang Biasa-biasa dan Yang Berkesan' dan secara umumnya, Rahman Shaari meletakkan penilaian 1 hingga 5 untuk setiap penulis. 1= yang biasa-biasa, 5= yang berkesan. Di sini sedikit petikan kertas kerja tersebut:

"...Sajak Fahd Razy tebal dengan isi keagamaan. Kita mudah menyedari makna keagamaan yang mahu dikemukakan, dan kita tahu bahawa Fahd Razy menggunakan metafora yang sudah dikuasainya. Cuma, kita mungkin tidak selesa apabila tertembung pada sepatah dua kata yang rasa-rasanya tidak kena. Misalnya, sajak 'Pilihan' berjalan baik, dengan penekanan pada pilihan diri protagonis yang disebut 'ku'. Ada 'kananku' dan 'kiriku', tetapi pada rangkap kelima terdapat 'kita'. Lantaran sajak ini diawali dengan menyeru 'Rabb' sebagai pihak kedua, maka kita membawa makna 'aku dan rabb'. Bukanlah itu yang dimaksudkan oleh Fahd, tetapi makna itulah yang timbul. Seharusnya, kata ganti 'aku' diteruskan tanpa kata ganti 'kita'.
Sajak 'Cinta Samawi III' memuatkan 'kuhafali/ pendeklamasian cebis-cebis pengkisahan' yang merupakan pleonasme. Ertinya, satu pembaziran berlaku. Yang dihafal sebenarnya bukanlah 'pendeklamasian' tapi 'cebis-cebis kisah'. Pembaziran kata-kata itu menyebabkan timbulnya kesan bahawa Fahd Razy terlalu menyukai puitisisme kata-kata, sehingga kata-kata yang sebenarnya tidak berfungsi diungkapkan.
Bagaiman pula dengan sajak 'Watikah Perkasihan V'? Saya dapati baris 'yang dibangunkan kota-kota kenangan' mengelirukan. Seharusnya 'kota-kota kenangan dibangunkan'. Perhatikan bahawa baris Fahd Razy itu membawa makna 'kota-kota kenangan membangunkan...' jika dibina parafrasanya.
Teguran ini bagaikan mengetepikan kebagusan pengucapan Fahd Razy. Sebenarnya, tanda bahawa Fahd Razy dapat bersajak dengan baik sedia ada pada keseluruhan sajak-sajaknya. Cuma gangguan kekal yang wujud dalam sajak-sajaknya saya kemukakan demi menjamin kebagusan karya-karya yang akan datang.(Penilaian=4)...."

Terima kasih diucapkan kepada Prof Rahman Shaari kerana telah sudi menilai karya saya. Banyak yang dikritik, tetapi saya terima sebagai membaiki diri. InsyaAllah...saya akan perbaiki lagi...
p/s: Kertas kerja tersebut menyentuh sajak 'Pilihan' (Tunas Cipta, Mei 04), Watikah Perkasihan V (Metro Ahad), dan Cinta Samawi III (Mingguan Malaysia).

3 Comments:

Blogger MZP said...

dua-dua pun mantap, yang dikritik dan yang mengkritik. saya suka dua-dua.

1:58 AM  
Blogger Zahiruddin Zabidi said...

Assalamualaikum akhi,

Mohon akhi menialai sajak2 ringkas ana, kalau akhi sudi ana emelkan insya-Allah.

Az-Zahir

12:39 AM  
Blogger edolah said...

Salam,
Saya antara penggemar puisi sdr.dan kerap mendeklamasikan beberapa puisi pilihan di pentas kerana puisi-puisi sdr bermakna di kertas dan amat berkesan dibawa ke pentas. Melihat perkembangan dan kematangan karya-karya sdr amat memberangsang dan membanggakan. Teruskan berkarya...

1:25 AM  

Post a Comment

<< Home