Puisi

Name:
Location: Dublin, Ireland

Thursday, July 24, 2008

Telah berpindah

Telah berpindah ke sini: http://www.esasterawan.net/esasterawan/1.asp?uid=33

Monday, July 14, 2008

Menggeledah Nurani

Setelah lama memasang cita-cita untuk memiliki koleksi karya sendiri, alhamdulillah tahun ini harapnya bakal menjadi kenyataan. Setelah bertungkus lumus selama 2-3 tahun, dapat juga mengumpul puisi untuk dikompilasikan.

Bakal menemui pembaca Ogos ini, nantikan kemunculannya.

(Minta maaf, sebahagian puisi dalam blog ini terpaksa saya padam untuk sementara waktu bagi menjamim eksklusiviti kumpulan puisi ini)

(kredit kepada rakan di Dublin, M Hafiz Hashim aka Ipin yang menyiapkan ilustrasi kulit kumpulan puisi ini)









Wednesday, January 05, 2005

Cerpen dan Sajak Eceran: Yang Biasa-biasa dan Yang Berkesan

Alhamdulillah, saya baru terima kertas kerja y dipos oleh kak Ghafirah, ditulis oleh Rahman Shaari sempena Majlis Diskusi Karya pada 4 Disember lalu. Kertas kerja tersebut bertajuk 'Cerpen dan Sajak Eceran: Yang Biasa-biasa dan Yang Berkesan' dan secara umumnya, Rahman Shaari meletakkan penilaian 1 hingga 5 untuk setiap penulis. 1= yang biasa-biasa, 5= yang berkesan. Di sini sedikit petikan kertas kerja tersebut:

"...Sajak Fahd Razy tebal dengan isi keagamaan. Kita mudah menyedari makna keagamaan yang mahu dikemukakan, dan kita tahu bahawa Fahd Razy menggunakan metafora yang sudah dikuasainya. Cuma, kita mungkin tidak selesa apabila tertembung pada sepatah dua kata yang rasa-rasanya tidak kena. Misalnya, sajak 'Pilihan' berjalan baik, dengan penekanan pada pilihan diri protagonis yang disebut 'ku'. Ada 'kananku' dan 'kiriku', tetapi pada rangkap kelima terdapat 'kita'. Lantaran sajak ini diawali dengan menyeru 'Rabb' sebagai pihak kedua, maka kita membawa makna 'aku dan rabb'. Bukanlah itu yang dimaksudkan oleh Fahd, tetapi makna itulah yang timbul. Seharusnya, kata ganti 'aku' diteruskan tanpa kata ganti 'kita'.
Sajak 'Cinta Samawi III' memuatkan 'kuhafali/ pendeklamasian cebis-cebis pengkisahan' yang merupakan pleonasme. Ertinya, satu pembaziran berlaku. Yang dihafal sebenarnya bukanlah 'pendeklamasian' tapi 'cebis-cebis kisah'. Pembaziran kata-kata itu menyebabkan timbulnya kesan bahawa Fahd Razy terlalu menyukai puitisisme kata-kata, sehingga kata-kata yang sebenarnya tidak berfungsi diungkapkan.
Bagaiman pula dengan sajak 'Watikah Perkasihan V'? Saya dapati baris 'yang dibangunkan kota-kota kenangan' mengelirukan. Seharusnya 'kota-kota kenangan dibangunkan'. Perhatikan bahawa baris Fahd Razy itu membawa makna 'kota-kota kenangan membangunkan...' jika dibina parafrasanya.
Teguran ini bagaikan mengetepikan kebagusan pengucapan Fahd Razy. Sebenarnya, tanda bahawa Fahd Razy dapat bersajak dengan baik sedia ada pada keseluruhan sajak-sajaknya. Cuma gangguan kekal yang wujud dalam sajak-sajaknya saya kemukakan demi menjamin kebagusan karya-karya yang akan datang.(Penilaian=4)...."

Terima kasih diucapkan kepada Prof Rahman Shaari kerana telah sudi menilai karya saya. Banyak yang dikritik, tetapi saya terima sebagai membaiki diri. InsyaAllah...saya akan perbaiki lagi...
p/s: Kertas kerja tersebut menyentuh sajak 'Pilihan' (Tunas Cipta, Mei 04), Watikah Perkasihan V (Metro Ahad), dan Cinta Samawi III (Mingguan Malaysia).